December 8, 2014

ISIS adalah Bayangan daripada Fahaman Sesat Wahhabi

Buku Aqidah rujukan ISIS

~Salafi Jihadi~
Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah sedunia telah pun beri amaran kepada seluruh umat Islam mengenai bahaya fahaman Wahhabi yang cenderung kepada keganasan dan militan. Pada awal penubuhan Wahhabi ketika sebelum perang dunia pertama, mereka mulai dengan menjadi khawarij (keluar dari kelompok majoriti muslimin) dan bughah (pemberontak) kepada empayar Khalifah Turki Uthmaniyyah.

Khalifah Islam yang dibina oleh Rasulullah saw akhirnya hancur selepas 1000 tahun lebih bertahan di atas muka bumi apabila diserang oleh kumpulan Wahhabi dan Yahudi serta Eropah. Malah sehingga kini bumi Mekah dan Madinah berada di bawah naungan kerajaan Wahhabi dari keluarga Sa'ud (Saudi).

Sedangkan sejak zaman Rasulullah saw sehingga jatuhnya khalifah, penjaga Mekah dan Madinah adalah daripada kaum Arab Quraisy bukannya Arab Saudi (arab barbaric yang datang dari tanah bernama Najad).

Di dalam kitab-kitab sejarah seperti kitab Tarikh Najd (sejarah Najd) ada menyatakan bagaimana tentera Wahhabi pimpinan Muhammad Abdul Wahhab membunuh ribuan umat Islam di Mekah, Madinah, Taif dan lain-lain tempat. Pendedahan tentang keganasan Wahhabi ini pernah dilakukan oleh guru besar ASWJ Nusantara Syaikh Nuruddin Al-Banjari. (Mungkin disebabkan pendedahan inilah maka Shaikh Nuruddin cuba disekat oleh JAKIM - yang kini dipenuhi dengan puak Wahhabi agar berita tentang keganasan fahaman sesat ini dapat disembunyikan daripada orang ramai).

Tidak cukup dengan itu, perang moden antara barat-Islam juga melibatkan puak Wahhabi militan yang kini menukar nama kepada SALAFI JIHADI yang terkenal suka mengebom diri, membunuh umat Islam, membunuh orang awam, dan mengebom tempat-tempat awam. Sehinggakan muncul fenomena fobia kepada Islam atau Islamophobia di seluruh dunia angkara pengganas-pengganas Wahabi!

Mereka memakai pelbagai nama dan jenama seperti JI (jemaah Islamiah), Al-Qaeda (pimpinan Osama Ben Laden, orang kaya Wahhabi dari Saudi) dan yang terbaru ialah ISIS (Islamic State in Iraq and Syria) yang kini dinobatkan sebagai bapa 'ancaman dunia'!

Puak-puak Salafi Jihadi ini beriktikad dengan fahaman ganas Muhamad Abdul Wahhab yang menganggap sesiapa sahaja selain Wahhabi adalah kafir, musyrik, ahli bidaah, ahli neraka, zindiq, fasiq dan sebagainya. Fahaman ekstrim ini menyebabkan para pengikutnya dengan mudah membunuh sesiapa sahaja sama ada dari kalangan umat Islam Sunni (ahlus-sunnah wal jamaah), Syiah ataupun orang kafir kerana mereka beranggapan bahawa kesemuanya kafir dan darahnya halal ditumpahkan!

Jadi tidak hairanlah jika mereka itu menyerang Iraq dan Syria - yang merupakan negara majoriti Muslim ahlus-sunnah wal jamaah dan membunuh mereka macam kita membunuh lalat sahaja, layaknya.

Mereka mendakwa membunuh "Syiah" kerana Syiah itu kafir, tapi fakta yang kita ketahui, di Syria hanya mempunyai 5% penganut agama Syiah termasuklah presidennya. Jadi 95% lagi yang dibunuh mereka itu siapa? Tentulah kaum muslimin.

Sebelum munculnya ISIS, Salafi Jihadi/Wahabi militan memang sudah lama puak-puak ini mengamalkan pembunuhan di kalangan umat Islam - sama seperti pengeboman orang awam Islam yang dilakukan oleh Al-Qaeda dan sebagainya.

Dan mengikut pengakuan barat, kumpulan Wahhabi militan ini sebenarnya adalah agenda mereka sendiri untuk mereka mencari sebab supaya Islam dapat difitnah; dicap barbaric, ganas dsb di mana pihak yang membuat onar itu Wahhabi/Salafi, tapi yang dipersalahkan ialah Islam!

Kini, fahaman ekstrim dan ganas ini sudah mula beranak-pinak di Malaysia. Kebanyakan mereka datang dengan sijil-sijil profesional PhD supaya dapat menyusup di dalam jabatan-jabatan agama kerajaan. Kewujudan mereka makin terserlah apabila para ulama Ahlus-Sunnah mula disekat oleh jabatan agama seperti apa yang berlaku pada Syaikh Nuruddin Marbu Al-Banjari itu.

Mereka yang teguh dengan manhaj Ahlus-Sunnah di Malaysia pula adalah dari kalangan para Sultan dan majlis-majlis agama negeri (kaum tua) yang giat memerangi Wahhabi (kaum muda) dan Syiah. Fatwa-fatwa tentang kesesatan Wahhabi telah pun dikeluarkan oleh kebanyakan fatwa-fatwa negeri. (Majlis agama dan jabatan agama merupakan dua badan yang berbeza).

Pertembungan dua ideologi yang dulu dikenali sebagai Kaum Tua (ahlus-sunnah) dan Kaum Muda (Wahhabi) kini sudah kembali panas apabila Kaum Muda Wahhabi cuba meresap masuk ke dalam agensi kerajaan demokrasi dan melawan Kaum Tua yang diketuai oleh sultan-sultan Melayu.

Lebih menyakitkan hati, apabila berlaku keganasan hasil dari Salafi Jihadi, puak-puak Wahhabi/Salafi di Malaysia cuba berlakon seolah-olah itu bukan fahaman mereka, misalnya dalam  isu perbincangan ISIS di TV3 baru-baru ni. Tokoh yang dipanggil untuk mengulas isu ini pun adalah Wahhabi tegar yang terbukti menyebarkan fahaman ekstrim tu melalui tiket kerajaan.

Tetapi apabila mengulas tentang ISIS, mereka mula bertaqiyyah (berpura-pura) tidak kenal dengan geng mereka sendiri!

Adakah kerajaan faham akan ancaman sebenar di Malaysia ini?

Dua fahaman militan yang cintakan keganasan dan peperangan, iaitu Syiah dan Wahhabi sudah semakin membiak di bumi bertuah Malaysia. Ada yang menyusup melalui pembangkang, ada yang masuk melalui kerajaan dan memenuhi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran agama dan yang mengerikan, ada juga yang cuba menyusup ke dalam angkatan tentera.

Jika kerajaan tidak ambil peduli tentang ancaman ni, kami berharap agar para sultan selaku ketua agama dapat mempertahankan umat Islam daripada anasir ajaran sesat pengganas ni. Itulah luahan hati saya selaku umat Islam yang berpegang pada manhaj Ahlus-Sunnah yang cintakan kedamaian dan kasih sayang sesama Islam.

Nota: ISIS sedang giat menyebarkan kitab-kitab tauhid tulisan Muhamad Abdul Wahhab (pengasas ajaran ekstrim Wahhabi) di Syria dalam usaha mereka untuk meng-wahhabi-kan umat Islam Syria.
Photo caption: Gambar menunjukkan kitab-kitab tauhid yang dikarang oleh Muhammad bin Abd Wahhab (pengasas ajaran ekstrimis Wahhabi) yang diterbitkan oleh Daulah Islamiyyah atau lebih dikenali sebagai ISIS untuk disebarkan kepada penduduk Syria dalam usaha mereka me-wahabi-kan akidah kaum muslimin Syria.

5 comments:

  1. siapa tokoh wahabbi tu?

    ReplyDelete
  2. antara mereka tokoh2 Pas
    yang semedang melepas....

    ReplyDelete
  3. ISIS adalah bayangan kesesatan tajaan Dajjal Wahabbi.
    Dizaman Imam Ali ISIS adalah bayangan Puak Khawarij.

    ReplyDelete
  4. Masalah yang paling ketara ialah kesemua pihak yang disebut dalam topik ini mempunyai persamaan ketara iaitu mengkafirkan umat yang bukan sealiran dengan mereka. Hal ini akhirnya mendorong kepada satu pemikiran bahawa hanya pihaknya yang benar dan layak mendominasikan dunia kerana mereka menganggap pihak lain tidak layak untuk bersama-sama mentadbir dan memakmurkan dunia. Seolah-olah mereka mengenepikan kedamaian melalui perkongsian semua pihak sehingga sanggup mengucar kacirkan dunia hanya untuk mendabik dada sambil berkata kamilah yang benar di sisi Allah.

    Benarkah Allah memberikan restu dan pahala kepada mereka yang merosakkan kemakmuran dunia sejagat?

    Benarkah Allah menghalalkan setiap pembunuhan yang diikrarkan demi Allah?

    Benarkah Allah membenar mana-mana pihak untuk menidakkan hak damai sejahtera di bumi ini?

    Sebenarnya untuk menilai baik buruk itu tidak semestinya merujuk mana-mana kitab agama.

    Tanpa merujuk kitab seseorang semestinya tahu bahawa merogol itu dosa.

    Tanpa merujuk kitab seseorang itu semestinya tahu bahawa nencuri itu dosa.

    Tanpa merujuk kitab seseorang itu sepatutnya tahu bahawa nembunuh itu dosa.

    Tanpa merujuk kitab seseorang itu sepatutnya tahu bahawa merosakkan dan merampas hartabenda termasuk rumah ibadat pihak lain adalah dosa.

    Untuk apakah merujuk kitab agama, mempelajari dan mendalaminya jika akhirnya kesimpulan yang diperolehi hanya nenghalalkan untuk mengkafirkan dan membunuh pihak lain?

    Adakah itu benar-benar ajaran agama?

    (callybambang)

    ReplyDelete
  5. Masalah yang paling ketara ialah kesemua pihak yang disebut dalam topik ini mempunyai persamaan ketara iaitu mengkafirkan umat yang bukan sealiran dengan mereka. Hal ini akhirnya mendorong kepada satu pemikiran bahawa hanya pihaknya yang benar dan layak mendominasikan dunia kerana mereka menganggap pihak lain tidak layak untuk bersama-sama mentadbir dan memakmurkan dunia. Seolah-olah mereka mengenepikan kedamaian melalui perkongsian semua pihak sehingga sanggup mengucar kacirkan dunia hanya untuk mendabik dada sambil berkata kamilah yang benar di sisi Allah.

    Benarkah Allah memberikan restu dan pahala kepada mereka yang merosakkan kemakmuran dunia sejagat?

    Benarkah Allah menghalalkan setiap pembunuhan yang diikrarkan demi Allah?

    Benarkah Allah membenar mana-mana pihak untuk menidakkan hak damai sejahtera di bumi ini?

    Sebenarnya untuk menilai baik buruk itu tidak semestinya merujuk mana-mana kitab agama.

    Tanpa merujuk kitab seseorang semestinya tahu bahawa merogol itu dosa.

    Tanpa merujuk kitab seseorang itu semestinya tahu bahawa nencuri itu dosa.

    Tanpa merujuk kitab seseorang itu sepatutnya tahu bahawa nembunuh itu dosa.

    Tanpa merujuk kitab seseorang itu sepatutnya tahu bahawa merosakkan dan merampas hartabenda termasuk rumah ibadat pihak lain adalah dosa.

    Untuk apakah merujuk kitab agama, mempelajari dan mendalaminya jika akhirnya kesimpulan yang diperolehi hanya nenghalalkan untuk mengkafirkan dan membunuh pihak lain?

    Adakah itu benar-benar ajaran agama?

    (callybambang)

    ReplyDelete